5 PERKARA TANPA KITA SEDAR GAGAL URUS WANG

noormalaIsu semasa0 Comments

“Manalah nak cari duit lagi, setiap bulan aku rasa sempit sangat. Tak sampai seminggu duit mesti dah habis. Ada lagi tiga minggu lagi nak tunggu gaji bulan depan. Takkan nak berhutang lagi…”
Inilah antara situasi yang ramai antara kita hadapi.
 
Kami kongsikan tip pengurusan kewangan.
 
1. Leka dan tidak berjimat cermat
 
Seronoknya bila kita dapat gajikan. Biasanya 1 hb ataupun 25hb setiap bulan hati kita berbunga-bunga sehinggakan tanpa sedar kita berbelanja berlebihan. Lagi-lagi kalau masa tu kita berada di pasaraya untuk membeli keperluan harian. Satu pasaraya tu rasanya kita nak beli.
 
Sebenarnya apabila kita dapat gaji, kita wajib berdisplin dengan prinsip berjimat cermat. Rancang had budget. Buat senarai belian barang yang kita perlukan sahaja. Kawallah diri kita daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.
 
2. Lupa nak senaraikan kegunaan gaji bulanan
Lupa nak senaraikan gaji bulanan ni memang selalu berlaku. Kesibukkan urusan harian menyebabkan kita tak sedar, wang kita semakin menyusut dan akhirnya habis begitu sahaja. Sebak la kalau kena macam ni. Lagi-lagilah masa tu ada kecemasan. Boleh menangis sendiri dibuatnya kan.
 
Apabila dapat gaji, terlebih dahulu rancang kewangan dan senaraikan ke manakah wang harus dibelanjakan terlebih dahulu.
 
Adanya perancangan, kebiasaannya akan membuatkan kita lebih nampak berapakah peratus untuk bil utiliti, berapa peratus untuk belanja dapur, belanja harian dan berapakah baki wang yang anda harus ada sehingga gaji bulanan akan datang.
 
Kalau kita buat perkara ni terancanglah perbelajaan kita kan. Bolehlah gaji kita ‘bernafas’ hingga ke hujung bulan. Lebih menarik lagi, mungkin ada lebihan gaji yang boleh kita simpan di tabung.
 
3. Tanpa sedar tiada simpanan
Selalu rasa tak cukup apabila dapat gajikan. Selain tip yang dikongsikan, ada satu perkara lagi yang kalau kita amalkan InsyaAllah wang gaji akan sentiasa cukup. Inilah yang dikatakan keberkatan. Cubalah amalkan, walaupun hanya RM1 sehari untuk bersedekah.
 
Kita harus ingat, makin banyak kita memberi, makin banyak yang akan diterima. Peruntukkan sebahagian dari gaji untuk sedekah dan zakat. Ia juga merupakan satu ‘pelaburan’ lumayan yang perlu dirancang dan disimpan. Ingalah juga untuk membuat simpanan sebahagian kecil daripada wang gaji. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Yang penting istiqamah.
 
4. Dahulukan kehendak daripada keperluan
Tanpa sedar kita selalu buat perkara ni. Lebih elok kalau kita semak semula antara keperluan dan kehendak sebenar diri dan keluarga kita. Senaraikan keperluan sebenar dan daripada senarai itu utamakan keperluan daripada kehendak.
 
Andai ada juga perancangan untuk sesuatu barang yang bersifat kehendak seperti perabot baru, peti sejuk dan sebagainya, lihat semula gaji bulanan dan rancang kewangan setiap bulan. Elakkan menambah hutang disebabkan kehendak ini.
 
5. Menggunakan kad kredit melebihi had
Sebolehnya, elakkan daripada menjadi pengguna kad kredit. Namun, jika kita adalah pengguna, maka kita haruslah bijak dan berdisiplin dalam menggunakan kad kredit ya.
 
Elakkan terlalu banyak menggunakan kad kredit. Memang seronok apabila membeli, tapi pasti runsing apabila melihat bil bulanan kad kredit yang perlu dibayar semula nanti. Memang boleh pening kepala dihujung bulan, lagi-lagi jika wang gaji pula dah menyusut luar daripada kebiasaan.
 
InsyaAllah jika bijak dalam menguruskan kewangan bulanan, kita akan bebas daripada kerunsingan di hujung bulan. Ingat, kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Berbelanjalah dengan bijak dan sentiasa sedar apabila berbelanja.
 
Tolong sebarkan ilmu ini kepada pasangan dan kawan-kawan kita. Dapat membantu mereka menguruskan wang dengan lebih bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *