8 fakta menarik tentang kutipan dan agihan zakat LZS 2015

faisalIsu semasa, Jejak Asnaf0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim,

statistik2015

 

  1. Jumlah asnaf fakir miskin di Negeri Selangor pada tahun 2015 adalah sebanyak 44,293 buah keluarga.
  2. Pada tahun 2015 juga, sebanyak 173 buah keluarga asnaf fakir miskin telah berjaya keluar dari kategori kemiskinan melalui bantuan modal perniagaan yang diberikan LZS. Tahniah semua usahawan asnaf LZS!!
  3. Sebanyak 340 buah keluarga pula keluar daripada kategori kemiskinan melalui semakan semula penentuan garis kemiskinan haddul kifayah.
  4. Sebanyak 447 buah keluarga asnaf baharu berjaya ditemui melalui program turun padang sepanjang tahun 2015 iaitu melalui Skuad Jejak Kemiskinan LZS.
  5. LZS menambah 2 lagi cawangan baharu pada tahun 2015 iaitu di Klang dan Cyberjaya bagi memudahkan urusan agihan dan kutipan zakat.
  6. Jumlah pembayar zakat di LZS pada tahun 2015 adalah sebanyak 256,540 orang. Meningkat 3% daripada pembayar tahun sebelumnya.
  7. Jumlah pengagihan zakat meningkat 14% daripada tahun sebelumnya dengan peningkatan RM80.6 juta.
  8. Semua urusan kewangan dan operasi LZS akan diaudit oleh Ketua Audit Negara. Laporan rasmi Audit Negara akan dipublish kepada umum apabila selesai proses audit kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *