AMAR DITAWAR SAMBUNG BELAJAR KE PERTH AUSTRALIA

noormalaJejak Asnaf0 Comments

 

 

Nama saya AMAR Nazhan Bin Yusran. Saya Menetap di Sungai Chua Kajang Selangor. Saya adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Saya mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor semasa saya belajar di sekolah menengah. Selepas tamat tingkatan 5 pihak Zakat Selangor menawarkan saya melanjutkan pelajaran ke kursus kemahiran.  Alhamdullillah saya diterima masuk ke FIVE BEST SKILL TRAINING CENTRE dalam bidang Penyediaan Makanan. Saya telah Berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia dalam kursus Hospitality Management.

Sepanjang saya meneruskan pelajaran, saya mendapat bantuan Biasiswa Pelajaran dan Bantuan Keperluan Pendidikan. Bantuan yang dihulurkan oleh Lembaga Zakat Selangor sangat membantu saya dalam meneruskan kehidupan di kampus. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan belajar di FIVE BESTselama 1 tahun 9 bulan, saya terpilih melanjutkan pengajian latihan industri di luar negara iaitu, Perth Australia selama 3 bulan. Saya berangkat ke sana pada bulan November 2016 dan tamat latihan industri pada bulan Januari 2017.

Selepas tamat belajar, saya ditawarkan bekerja di Sani Hotel Kuala Lumpur. Saya bertugas sebagai chef sementara di hotel tersebut. Saya sentiasa diberi peluang untuk belajar bersama dengan chef senior di sini bagi meningkatkan  kemahiran dalam bidang masakan dan sajian.

 

Ibubapa adalah menguat semangat saya untuk meneruskan pelajaran. Mereka sentiasa mendoakan anak-anak mereka Berjaya dunia dan akhirat. Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya mempunyai tanggungjawab kepada adik-adik saya yang masih belajar

Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan belajar di FIVE BESTselama 1 tahun 9 bulan, saya terpilih melanjutkan pengajian latihan industri di luar negara iaitu, Perth Australia selama 3 bulan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan pembayar zakat di Selangor kerana telah membantu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Dengan bantuan yang diberikan telah mengubah kehidupan saya dan keluarga saya menjadi lebih baik. Semoga saya juga diberi peluang oleh Allah untuk menjadi pembayar zakat pula untuk masa akan datang.

Syukur alhamdulillah atas segala bantuan daripada pengeluar zakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *