AZRUL ANAK MISKIN KINI MENJADI JURUTERA

noormalaJejak AsnafLeave a Comment

Saya membesar dalam satu keluarga yang besar, mempunyai adik beradik seramai 8 orang dan saya merupakan anak yang ke enam. Dilahirkan dan membesar di Banting Selangor. Menerima pendidikan awal disekolah kebangsaan bandar. Seterusnya ke Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat dan Mengambil SPM di sekolah kebangsaan Telok Datok.

Memperoleh Keputusan peperiksaan yang boleh diklasifikasikan sebegai sederhana dengan UPSR ( 4B1C), PMR (4A2B4C) dan SPM (5A2B5C). Alhamdulillah selepas keputusan SPM diumumkan saya ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat diploma kejuruteraan awam.

Kisah dermasiswa dari Zakat Selangor bermula awal tahun 2011 dimana skim dermasiswa heboh diperkatakan dalam kalangan rakan sebaya yang kebanyakkannya menerima bantuan daripada Zakat Selangor.

Alhamdulillah segala urusan permohonan dipermudahkan dan saya mula mendapat dermasiswa daripada Zakat Selangor dari peringkat diploma sehingga ke peringkat Ijazah sarjana Muda. Menamatkan pengajian dalam diploma kejuruteraan awam dengan CGPA 3.60. Manakala, tamat ijazah sarjana muda dengan CGPA 3.15.

Setiap ibu bapa mengharapkan anaknya menjadi seseorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, dan agama. Saya pasti sepanjang saya hidup saya diiringi dengan doa yang mahukan saya sentiasa berjaya didunia dan akhirat daripada ibu dan ayah saya.

Kehidupan saya dikampus sepanjang 5 tahun pengajian berjalan dengan lancar. Bantuan dari Zakat Selangor sememangnya membantu saya menamatkan pengajian. Menerima bantuan komputer riba pada tahun 2013 merupakan saat yang tidak boleh saya lupakan.

Bantuan datang pada waktu yang tepat. Yuran pengajian ijazah sarjana muda saya dibiayai sepenuhnya oleh Zakat tanpa ada sebarang kelewatan.

Alhamdulillah saya ditawarkan pekerjaan sebelum saya tamat peperikasaan akhir. Selepas dua hari berehat saya mula bekerja dengan NGL Builders Sdn Bhd sebagai jurutera tapak.

Selama 19 bulan sebelum berpindah ke Ground Engineering Malaysia Sdn Bhd. Mula berkhidmat pada ogos 2017 sehingga sekarang. Berkat daripada pendapatan, saya dapat membantu ibu menguruskan keperluan rumah dan adik adik saya yang masih belajar. Kehidupan saya dan keluarga mula berubah sedikit demi sedikit dan betambah baik dari hari ke hari.

Tiada ucapan yang dapat saya ucapkan melainkan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pembayar zakat di Selangor. Wang yang sedikit dapat merubah dan mencorak kehidupan orang lain. Semoga ALLAH sentiasa merahmati mereka yang membayar zakat.

MUHAMAD AZRUL KU YAKOB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.