Demi mak, didik jiwa untuk berani beri serta mengeluarkan zakat

noormalaPerspektif0 Comments

KISAH BENAR: PENGALAMAN umminani

2015, Saya dan suami terpaksa melepaskan kereta “Toyota Wish” sangat saya sayangi.Malah setelah berbincang dengan suami, kereta Myvi saya yang dibeli sejak 2008 juga terpaksa saya lepaskan.

Setelah melepaskan sesuatu yang disayangi, sedikit demi sedikit bebanan yang ditanggung kian melegakan. Rupanya nikmat susah payah tersebut Allah swt ingin berikan hikmah yang sangat besar dalam hidup kami sekeluarga.

Tanpa tujuan dan tanpa meletakkan emak sebagai keutamaan saya sombong dan leka! Malah lebih teruk daripada itu, ketika itu tiada langsung mak dan ayah saya dapat merasa hasil titik peluh saya.

Dulu, sekitar tahun 2011 semua kakitangan diwajibkan berzakat. Ada yang di potong terus daripada gaji. Ketika itu, ya jahil! Tak malu untuk mengakui. Kami rasakan gaji itu kami punya. RM66-RM90 ketika itu macam banyak sangat! Serius kedekut.

Rupanya, selepas sedar tentang berkat mengeluarkan zakat harta kami sendiri dapat rasai nikmat tersebut. Sikit tapi rasa banyak. Gaji tak pernah tidak cukup. malah ada rezeki lain yang datang.

Sehingga saat saya jatuh dan Allah swt beri peluang bangun semula. Barulah saya sedar yang saya jatuh ketika itu juga adalah kerana tiada berkat dalam pendapatan saya. Saya ada wang yang lebih tetapi tiada zakat saya keluarkan.

Tiada juga wang untuk mak ayah saya secara tetap ketika itu.Alhamdulillah, sehingga saat ini ketika kami sedar dan cuba memperbaiki amal kami, akhirnya Allah swt buka pintu kesedaran kepada kami.

Nikmat Berani Beri & Mengeluarkan Zakat

Paling indah dalam hidup saya apabila wang hasil titik peluh saya dan suami kini, bukan lagi hak kami sekeluarga. Hasil saya mengorbankan Myvi kesayangan saya ketika itu, kini saya mampu tersenyum melihat hikmahnya.

Ya, setelah saya dan suami tidak lagi menanggung beban membayar Myvi lama saya, sejak itu kami mampu memberi kepada kedua orang tua kami.Malah, bagi saya sendiri peruntukkan sebulan yang saya mampu untuk beri kepada mak saya kini boleh membayar harga MYVI sebulan. Mak juga kian selesa, tekan sahaja dapat minum air bersih dan tidak lagi bersusah payah demi segelas air bersih.

Syukur atas nikmat ujian dan merasai hikmah dan kasih sayang Allah swt kepada kami sekeluarga.

Walaupun tidak banyak, namun sebagai anak perempuan itu adalah jumah yang besar kerana tanpa izin suami saya takkan dapat ” BERI” kepada emak yang telah banyak bekorban demi saya ketika kecil.

Panjang lagi kisah ini, disebalik keceriaan dan senyuman ada lagi harapan yang masih menggunung. Cuma bukan mudah untuk kita didik jiwa memberi , kerana kepentingan diri dan keluarga lebih utama daripada mereka yang telah bersusah payah demi kita suatu ketika dahulu.

Malah sejak mengeluarkan zakat secara konsisten,jiwa lebih tenang. Ada rezeki keluar dan ada lebih banyak rezeki yang masuk. yakini setiap tindakan kita, dan yang memberi itu adalah Allah swt.

Mengambil ibrah daripada kisah ini, jom sama-sama kita didik hati untuk memberi.

<span class=”_5afx”><span class=”_58cl _5afz”>#</span><span class=”_58cm”>kongsirezeki</span></span>

 

Demi mak, didik jiwa untuk berani beri serta mengeluarkan zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *