IBU TUNGGAL DIDUGA HILANG MATA PENCARIAN, ANAK PULA KAKI MENGECUT

noormalaJejak Asnaf0 Comments

Apabila kita diuji, apa lagi yang boleh kita lakukan.  Bersabar dan redhalah dengan setiap ujian Allah SWT itu.  Sesungguhnya Allah tahu kekuatan hambaNya.

Ibu yang tinggal di Taman Tun Teja ini mempunyai tiga orang tanggungan berusia 15 (OKU), 11 dan 8 tahun. Kesemuanya adalah anak lelaki dan masih bersekolah. Diduga pula, apabila suaminya meninggal dunia April lalu.  Mereka adalah asnaf fakir yang menerima bantuan zakat daripada Zakat Selangor termasuk bantuan hari raya, sewa rumah bulanan dan khirat kematian suaminya.

Melalui sumber pendapatan sebelum ini dengan mengasuh anak jiran, dapatlah beliau bayaran sebanyak RM300 sebulan. Namun, bermula bulan ini, ibu ini tiada lagi sumber pendapatan kerana anak asuhannya tidak lagi dihantar kepada beliau.  Hilanglah satu-satunya punca pendapatan keluaganya buat masa ini.

Anaknya yang berumur 15 tahun, Adik Hamdi pula menghadapi  sakit pengecutan tulang dibahagian kaki sehingga tidak boleh menggerakkan kaki. Hamdi hanya boleh bergerak menggunakan tangan. Kerusi roda kesayangannya juga sudah uzur dan tidak lagi sesuai dengan berat badannya kini. Sebenarnya, keadaan Hamdi ini memerlukan beliau mendapat susu tambahan dan ubat sampingan.  Tapi apakan daya, desakan kewangan menyebabkan semua ini terbantut.

Kami, Zakat Selangor datang menziarahi keluarga ini pada 14 Ogos. Melihat sendiri keadaan dan keperluan tambahan  mereka.  Melihat keadaan yang lebih mendesak sekarang ini bantuan kewangan dan bantuan perubatan untuk anaknya akan dipertimbangkan untuk mereka.

Semoga keluarga ini diberikan ketabahan menjalani kehidupan ini.  Terima kasih juga pengeluar zakat di Zakat Selangor yang sebenarnya membantu mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *