KEMISKINAN DAN PUNCANYA

noormalaIsu semasa2 Comments

Kemiskinan merupakan perkara yang subjektif. Berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara sebab berlakunya kemiskinan di Negeri Selangor ialah:

  1. Ketua Keluarga Tidak Bertanggungjawab

Keadaan ini berlaku apabila ketua keluarga gagal memikul tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, meningggalkan tanggungannya, penglibatan jenayah sehingga dipenjarakan atau sebagainya.

  1. Ekonomi

Faktor situasi ekonomi yang tidak menentu memainkan peranan penting di dalam peningkatan kadar kemiskinan seperti kehilangan pekerjaan, muflis, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

  1. Kematian

Kematian ketua keluarga yang menjadi tunjang ekonomi keluarga juga akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terjerumus kepada kemiskinan.

Pada tahun 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganggarkan kadar kematian di Selangor dengan purata 3.5 orang kes kematian bagi setiap julat 1,000 penduduk.

  1. Penceraian

Keruntuhan institusi kekeluargaan juga menyebabkan sesebuah keluarga itu boleh menjadi asnaf fakir atau miskin.

Berdasarkan laporan daripada akhbar Harian Metro bertarikh 17 April 2014, kadar penceraian di kalangan pasangan Islam di Selangor pada tahun 2013 merekodkan sejumlah 6,028 kes.

  1. Penghijrahan

Selangor merupakan negeri yang terkaya di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ia menjadi destinasi tumpuan penghijrahan rakyat Malaysia untuk mencari rezeki.

  1. Musibah

Musibah seperti penyakit kronik, kemalangan dan sebagainya akan menjerumus sesebuah keluarga itu kepada kemiskinan.

Ini adalah antara faktor mengapa kemiskinan sentiasa ada dan bertambah. Kemiskinan tidak boleh dibasmi tetapi kemiskinan dapat dikurangkan.

 

2 Comments on “KEMISKINAN DAN PUNCANYA”

  1. sahkah zakat saya. saya memberi dengan cara bank in duit kepada si penerima tanpa berjumpa dan lafaz zakat

    1. Pihak kami tidak dapat mengesahkan zakat encik. Memandangkan pihak kami tidak pasti penerima zakat itu asnaf yang layak atau sebaliknya. Tetapi menunaikan zakat melalui bankin dan tanpa lafaz adalah sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *