KUTIPAN MENINGKAT, ORANG SUSAH RAMAI JUGA

noormalaIsu semasa0 Comments

Kemiskinan merupakan perkara yang subjektif. Ia datang dan pergi. Berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang kebanyakannya tidak boleh dikawal. Antara sebab berlakunya kemiskinan di Negeri Selangor:

1. Ketua Keluarga Tidak Bertanggungjawab
Keadaan ini berlaku apabila ketua keluarga gagal memikul tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, meningggalkan tanggungannya, penglibatan jenayah sehingga dipenjarakan atau sebagainya.

2. Ekonomi
Faktor situasi ekonomi yang tidak menentu memainkan peranan penting di dalam peningkatan kadar kemiskinan seperti kehilangan pekerjaan, muflis, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

3. Kematian
Kematian ketua keluarga yang menjadi tunjang ekonomi keluarga juga akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terjerumus kepada kemiskinan.

Pada tahun 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganggarkan kadar kematian di Selangor dengan purata 3.5 orang kes kematian bagi setiap julat 1,000 penduduk.

4. Penceraian
Keruntuhan institusi kekeluargaan juga menyebabkan sesebuah keluarga itu boleh menjadi asnaf fakir atau miskin.

Berdasarkan laporan daripada akhbar Harian Metro bertarikh 17 April 2014, kadar penceraian di kalangan pasangan Islam di Selangor pada tahun 2013 merekodkan sejumlah 6,028 kes.

5. Penghijrahan
Selangor merupakan negeri yang terkaya di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ia menjadi destinasi tumpuan penghijrahan rakyat Malaysia untuk mencari rezeki.

6. Musibah
Musibah seperti penyakit kronik, kemalangan dan sebagainya akan menjerumus sesebuah keluarga itu kepada kemiskinan.

Ini adalah antara faktor mengapa kemiskinan sentiasa ada dan bertambah. Kemiskinan tidak boleh dibasmi tetapi kemiskinan dapat dikurangkan.

Oleh itu bersama kami membantu asnaf. Bantu kami salurkan maklumat orang susah. Inbox kami www.facebook.com/messages/zakatselangor/ untuk membantu mereka.

Nota:

KUTIPAN JAN-APRIL 2016: RM 160,883,212

AGIHAN JAN-APRIL 2016:RM 246,521,437

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *