MEMILIH ISLAM…Hidup Latif Lebih Tenang, Tidak Lagi Diserang Strok Otak

noormalaJejak Asnaf0 Comments

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh saudara kita Abdul Latif Toh Boon Kian yang memeluk Islam pada April 2016. Beliau pernah hidup dalam kemewahan sebelum bergelar muslim.

Latif sebelum ini tidak mempercayai tuhan. Hidup penuh dengan aktiviti sosial bebas. Sehinggalah Latif diuji dengan sakit strok otak lebih setahun lalu. Wangnya banyak dihabiskan untuk mengubati penyakitnya itu.

Kesakitan ini menyebabkan beliau mula mencari arah tuju kehidupan. Doktor yang merawatnya menyarankan beliau untuk mencari tuhan. Ketika itu beliau mula terbuka hati untuk mencari dimanakah tuhan kerana hidupnya seperti tiada makna.

Beliau telah pergi ke sebuah pusat beribadah agama lain. Latif diberikan cara dan adat berdoa agama tersebut. Tapi hatinya tetap tidak tenang. Dan tidak dapat mencari tuhan.

Kemudian beliau meneruskan pencariannya ke sebuah pusat ibadah agama yang lain pula, yang sering diwar-warkan mudah untuk mendapat bantuan kewangan. Namun, beliau tidak menerima bantuan langsung, malahan disarankan untuk ke rumah transit Anjung Singgah di Jalan Duta.

Beliau tinggal sementara di Rumah Transit Anjung Singgah. Namun, ketenangan yang dicari masih lagi belum ditemui. Sehinggalah satu hari beliau mendengar Azan. Hatinya terus terbuka untuk memeluk Islam. Dengan mudah, beliau memeluk Islam dan namanya direkodkan sebagai beragama Islam pada 5 April 2016.

Ketika Latif mendapat rawatan di HUKM, beliau berpindah pula ke Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang. Ketika beliau dalam perjalanan mencari kerja, kepala Latif diserang kesakitan yang amat sangat. Latif segera menghubungi Sathirah kawan baiknya yang juga muallaf di Selangor.

Sathirah bersama seorang wanita bertudung labuh datang membantunya. Ketika itu, Latif terus tidak sedarkan diri. Tiga hari selepas itu, apabila sedar, Latif sudah berada di satu tempat baru. “Saya seperti berada di planet baru. Bersama kawan baru dan ketengan luar biasa, katanya ”. Di sinilah Latif berada. Di Pusat Perlindungan Muallaf yang dikenali Bait Salam di Jalan Kebun Klang Selangor. Sebuah tempat perlindungan sementara asnaf Muallaf.

Urusan kemasukkan beliau ke sini dimudahkan dan dibantu oleh pegawai Majlis Agama Islam Selangor yang dilihat bertudung labuh sebelum Latif pengsan. Beliau layak tinggal disini memandangkan beliau adalah gelandangan.

Bermulalah kehidupannya dengan lebih tenang di Bait Salam ini. “Saya mendapat sebuah bilik yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, kawan-kawan juga pelbagai bangsa di sini. Saya amat bersyukur saya ditempatkan disini. Saya boleh fokus belajar mendalami Islam. Semuanya adalah dengan bantuan Allah SWT”, katanya yang mula menduduki Bait Salam ini bermula bulan Mac tahun ini.

Kini Latif lebih tenang di Bait Salam dengan aktiviti pembangunan aqidah dan turut menerima bantuan kewangan bulanan Zakat. Beliau juga tidak lagi diserang sakit strok otak. Latif yang mempunyai bakat melukis kini berazam untuk menjadi pendakwah bagi mengajak lebih ramai memeluk Islam sebelum beliau menghembus nagas terakhir, katanya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *