TIDAK PUTUS BAKTI ANAK KEPADA IBU BAPA

noormalaTazkirah0 Comments

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampunan kepadaku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
[Surah Ibrahim 41]

Kita diminta agar sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita pada setiap masa sama ada ketika mereka masih hidup atau lebih-lebih lagi selepas meninggal dunia.

Doa kita sentiasa ditunggu oleh mereka untuk meringankan bebanan di alam barzakh.

Bagi kita yang telah kematian ibubapa, jangan beranggapan tiada lagi bakti untuk mereka.
Sebenarnya terdapat 5 kebaikan yang perlu kita lakukan setelah ibu bapa telah meninggal dunia.

Ini berdasarkan sabda Nabi saw:
“Diriwayatkan drp Abu Usaid Malik bin Rabi”ah Sa”idi berkata bahawa ketika kami berada di samping Rasulullah saw, seorang lelaki daripada Bani Salimah datang lalu berkata: “Ya Rasulullah, setelah kedua ibu bapa saya meninggal dunia, masihkah ada apa-apa cara untuk saya berbuat baik terhadap mereka? Baginda bersabda: “Ya”.

1. Berdoa utk mereka
2. Memohon keampunan untuk mereka
3. Menunaikan wasiat mereka setelah mereka tiada
4. Menghubungkan silaturrahim dgn kerabat mereka
5. Memuliakan sahabat mereka” [HR Abu Dawud]

♡Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi nyawa kita dikandung badan. Walaupun mereka telah tiada di dunia ini, namun bakti daripada anak-anak dan ahli waris serta kaum kerabat masih ditunggu-tunggu dan diperlukan.♡

Ya Allah, limpahkan keampunan-Mu untukku dan kedua ibu bapaku… amin.

KREDIT: DAKWAH JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *