Zakat dikeluarkan oleh bank

faisalIsu semasa

SOALAN: Saya pernah terdengar jawapan oleh seorang penceramah, bahawa jika kita menyimpan wang di dalam sebuah bank, dan bank itu mengeluarkan zakatnya pada setiap tahun, maka sebagai penyimpan, saya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat atas wang yang saya simpan di bank berkenaan. Adakah benar kenyataan berkenaan?

<!–more–>

Jawapan: terima kasih kerana mengajukan persoalan di atas dan semoga Allah SWT sentiasa memberkahi urusan kita dan menyelamatkan kita di akhirat, atas kesungguhan kita memahami dan melaksanakan tunutan ibadah zakat, amin.

Sememangnya benar, timbul persoalan yang agak meluas dalam kalangan umat Islam yang menyimpan wang mereka di dalam akaun di bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa), iaitu adakah pihak bank telah pun mengeluarkan zakat atas wang simpanan mereka? Dan sekiranya pihak bank telah pun mengeluarkannya sebagai zakat, maka apakah mereka masih lagi perlu mengeluarkannya sebagai zakat?

Demi menjawab persoalan ini, pertama sekali harus kita fahami bahawa Nabi Muhammad SAW menegaskan: “Tidak ada zakat yang sama atas harta yang sama sebanyak dua kali dalam tahun yang sama.”

Maka, para fuqaha menyatakan, andainya jelas wang yang kita simpan itu, katakan di dalam Bank ABC dan ia telah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak bank berkenaan bagi pihak kita, maka tidak perlulah lagi kita mengeluarkannya. Kerana, jika sekali lagi ia dikeluarkan, maka <span style=”color : #212121″>tacmeds.com</span> kita sudah menunaikan zakat yang sama atas wang yang sama dua kali.

Namun begitu, perkara kedua yang saya fikir harus diteliti dengan lebih mendalam dalam isu zakat wang simpanan ini ialah, apakah benar pihak bank itu telah pun mengeluarkan zakat simpanan itu bagi pihak kita sebagai pendeposit? Hal ini perlulah diperhatikan, kerana dibimbangi pihak bank hanya mengeluarkan zakat ke atas perniagaan yang mereka jalankan, dan bukannya atas wang yang disimpan.

Wang yang disimpan di bank hendaklah jelas status zakatnya

Wang yang disimpan di bank hendaklah jelas status zakatnya

Baiklah, apabila pihak bank hanya mengeluarkan zakat atas nama perniagaan, timbul persoalan seterusnya iaitu, siapakah yang berkewajipan atas zakat perniagaan berkenaan? Pastinya yang wajib mengeluarkan zakat perniagaan atas Bank ABC adalah pemilik bank berkenaan. Maka, adakah kita ini pemilik Bank ABC?

Jawapannya, pemilik Bank ABC adalah para pemegang saham bank berkenaan manakala para pendeposit hanyalah merupakan entity berasingan yang bersifat penyimpan, kita bukanlah pemilik Bank ABC. Maka, apabila Bank ABC mengeluarkan zakat atas perniagaan Bank ABC, yang sudah terlepas kewajipannya adalah para pemegang sahamnya, manakala para pendeposit masih lagi belum terlepas zakatnya.

Mungkin ada orang berhujah, bukankah wang yang disimpan itu jugalah yang diperniagakan? Jika wang itu diperniagakan, bukankah sudah memadai?

Baiklah, dalam hal ini kita kembali kepada niat awal seseorang itu, adakah semasa dia memasukkan wangnya maka ia dikira simpan atau melabur? Jawapannya, ia menyimpan. Jika melabur, maka ia hendaklah memasukkan wangnya ke dalam instrument lain yang memang bersifat pelaburan. Maka, di sini pun sudah jelas bahawa dia menyimpan, bukan memiliki Bank ABC berkenaan. Lagi satu, pelaburan ada untung dan rugi, jika dia menyimpan RM10 ribu, tiba-tiba bank berkenaan rugi, maka adakah memberi kesan kepada simpanannya? Tidak, kerana dia hanya menyimpan bukannya melabur, maka atas sebab itu dia wajib berzakat atas simpanannya, kerana niatnya bukan untuk pelaburan (perniagaan).

Maka, andai pihak bank menyatakan mereka telah pun mengeluarkan zakat bagi bank mereka, para pendeposit atau penyimpan wang hendaklah bertanya kepada pihak bank, adakah mereka mengeluarkan zakat bagi pihak bank atas nama perniagaan atau penyimpan. Setakat yang saya maklumi, bank-bank di Malaysia mengeluarkan zakat atas perniagaan mereka, dan bukannya atas pencarum mereka. Dalam konteks ini, pencarum masih wajib mengeluarkan zakat mereka biar pun zakat perniagaan sudah pun dijelaskan oleh pihak bank. Wallahua’lam.