ZIKRA 2018 – MENYELAMI KEHIDUPAN ASNAF, FAKIR MISKIN DAN MUALLAF

noormalaIsu semasaLeave a Comment

Pengalaman Blogger Tati Mansur

Ziarah Asnaf Bersama Korporat iaitu program yang mengajak pengeluar zakat melihat sendiri kehidupan seharian asnaf fakir miskin yang menrima bantuan dari Zakat Selangor. Program ini dikenali sebagai ZIKRA.

Program dimulakan dengan taklimat kepada hampir 40 orang peserta daripada 20 buah syarikat meyertai Zikra kali ini.

ZIKRA kali ini memberikan peluang kepada para peserta untuk bersama-sama menelusuri kehidupan asnaf, fakir miskin dan muallaf di Kuala Langat. Selain dari itu, ZIKRA juga bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pengeluar zakat aktiviti agihan yang dijalankan. Satu lagi objektif ZIKRA adalah untuk mendapatkan maklum balas secara terus tentang keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Aturcara bermula seawal pukul 8 pagi sebelum bergerak ke Kuala kelanang, Kuala Langat, kami telah diberikan sarapan yang telah di taja oleh Restoran Gerbang Alaf Sdn bhd (McDonalds). Sementara menikmati sarapan, Encik Mohd Sabirin Bin Sarbini, Pengurus Besar Divisyen Kutipan telah memberikan ucapan alu-aluan dan juga taklimat ringkas berkenaan kutipan dan agihan zakat yang telah dijalankan oleh LZS.

Sesampainya kami di jeti Kuala Kelanang, satu taklimat bantuan modal nelayan telah diberikan. Turut dijalankan di situ adalah majlis penyerahan zakat kepada asnaf dan juga gimik pemberian hasil laut kepada peserta ZIKRA oleh wakil pihak TriPLC Berhad yang telah diterima oleh Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Tuan Abdul Basith Abdul Hamid.

Acara seterusnya adalah aktiviti turun ke laut bersama nelayan. Para peserta telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dimana kami akan menaiki bot dan sampan yang telah ditentukan mengikut kumpulan kami. Yeayyy!! Dapat naik bot. Hahahaha.. Kami dibawak naik bot ni bukan sesaje nak bersiar-siar tau. Kami dibawa untuk melihat sendiri aktiviti nelayan yang dijalankan dikawasan tersebut.

Lebih kurang 2 jam membelah lautan (cheewaahh) sempat jugaklah kak Ti bersembang dengan abang bot (alamak lupa nama dia) yang membawa kumpulan kak Ti. Perbualan ringkas kami cukup membuatkan kak Ti merasa insaf dan bersyukur dengan apa yang kami miliki. Bayangkan, mereka para nelayan ni terpaksa meninggalkan anak isteri kat rumah demi mencari rezeki.

Bukan sehari ya selama dua hari mereka akan berada di laut dan adakalanya mencecah tiga hari. itupun belum ada jaminan bahawa mereka akan balik dengan hasil yang lumayan. Cuba korang bayangkan diri korang di tengah lautan berdua dan kadang hanya bersendirian. Bayangkan pula perasaan isteri dan anak-anak mereka kat rumah yang pastinya sentiasa risau memikirkan sang ketua keluarga di tengah lautan demi menafkahi mereka.

Selesai sesi bersama nelayan, ZIKRA kami diteruskan pula ke Masjid Al Azim Kuala Kelanang. Sebelum kami ke Masjid, pihak LZS telah menjamu peserta ZIKRA makan tengah hari di Restoran Best Corner yang telah menghidangkan hidangan “Shell Out untuk kami.

Selesai je makan, kami teruskan perjalanan menuju ke Masjid Al Azim, Kg Klanang di mana majlis penyerahan bantuan zakat dan agihan beras fidyah kepada 150 orang ketua keluarga asnaf akan di jalankan. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Tuan Abdul basith Abdul Hamid diikuti dengan penyerahan beberapa bantuan dan juga agihan.

Antara bantuan yang diserahkan pada hari tersebut adalah berupa Bantuan Perubatan Miskin, Bantuan Modal Fakir, dan juga Bantuan Fisabilillah (permohonan karpet masjid). Turut hadir untuk menyerahkan sendiri bantuan yang mereka taja antaranya adalah pemilik syarikat D’herbs iaitu  Dato’ Sri Aliff Syukri yang rasanya memanga tak perlu diperkenalkan lagi.

Selesai majlis di Masjid Al Azim, perjalanan kami diteruskan menuju ke Kg Kepau Laut, Pulau Carey untuk sesi taklimat bantuan Asnaf Muallaf dan bantuan bina rumah. Untuk bantuan bina rumah, rumah-rumah tu sebenarnya dah pun siap sepenuhnya dan telahpun ditempati oleh penerima bantuan.

 

Kami berpeluang untuk melihat sendiri rumah-rumah yang disediakan oleh pihak Lemabaga Zakat dan berpeluang melihat sendiri kegembiraan mereka-mereka yang telah menerima bantuan ni. Kehadiran kami di Kg Kepau Laut disambut dengan penuh mesra oleh penduduk-penduduk orang asli.

Dan yang paling bestkan, sebagai menyambut kehadiran kami semua, para penduduk kat sini bergotong royong menyediakan juadah minum petang iaitu ubi rebus siap dengan sambal ikan bilis dan sambal udang.. Kami semua menikmati juadah yang disediakan dengan penuh berselera. Rasa terharu sangat dengan sambutan penduduk Kg Kepau Laut ni.

Untuk sesi bersama orang asli di Kg Kepau Laut ini, pihak LZS juga telah menyerahkan sumbangan berupa bantuan untuk membaik pulih surau Kg Orang Asli di Pulau Carey. Sebagai cenderamata untuk penduduk di sini, pihak Telekung Khadijah telah berbesar hati menyediakan sebanyak 20 hamper dan juga goodies bag untuk kanak-kanak.

Sesi Ziarah Korporat & Media bersama Asnaf untuk tahun 2018 berakhir dengan sesi minum petang bersama-sama dan seterusnya kami semua bergerak balik menuju ke pejabat LZS Shah Alam. Alhamdulillah kami semua selamat sampai lebih kurang pukul 7.30 malam dan sebelum kami semua kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, pihak LZS telah menyerahkan kepada kami kotak yang berisi ikan yang ditaja oleh pihak TRiPlc.

Peluang menyelami kehidupan nelayan Kg Klanang dan juga menyantuni muallaf di Pulau Carey merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kepada kak Ti sendiri. Melihat sendiri kemana duit zakat para pembayar zakat di salurkan merupakan bukti bahawa pihak LZS sentiasa menjalankan amanah yang telah diberikan sebagaimana sepatutnya,

Kak Ti berharap semoga selepas ini kita akan menjadi lebih peka dan menjalankan tanggungjawab kita dalam menunaikan zakat, baik secara individu mahupun sebagai sebuah syarikat atau badan korporat. Memetik kata ustaz (alamak lupa nama),

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.